Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Khamis, 15 Mei 2008

Isteriku Bercakaran Di Syurga

Isteriku datang membawa secawan teh tarik ketika aku sedang sibuk mengolah "layout" blog kerjayaku yang sudah hampir setahun dengan template yang sama, tiba-tiba terlintas dihatiku untuk bertanya,

Aku: Sayang, disyurga nanti Ayang akan bersama siapa?

Sayang: Alahai Abang, tentulah dengan Abang suami yang Ayang sangat cintai.

Aku: Tetapi adakah Abang dengan Ayang seorang sahaja?

Sayang: Sudah tentulah tidak, Abang juga akan dikelilingi oleh bidadari-bidadari syurga yang cantik jelita.

Aku: Betul tu, tetapi bukankah itu bahaya, sudah tentu Ayang akan bercakaran bertarik rambut bergaduh dengan mereka kerana cemburu, tak gitu?

Sayang: Abang, di syurga nanti sudah tidak ada sifat-sifat negatif pada diri kita, yang ada cuma sifat asal manusia yang penuh dengan taqwa dan bersyukur pada Allah Subhanawataala. Tiada sedikit pun perasaan negatif seperti cemburu, iri hati, kedekut, tamak, hasad dengki dan sebagainya, semua Allah keluarkan dari diri kita ni.

Aku: Pandai isteri Abang ni berhujah, tetapi jika kita semua dapat buangkan sifat-sifat negatif tersebut semasa kita hidup sekarang ini, bukankah kita boleh cipta keadaan seolah-olah kita sudah disyurga?

Sayang: Betul tu Bang, jika semua manusia boleh bersifat begitu sudah tentulah dunia ni seolah-olah di syurga, terutamanya orang lelaki, kerana mereka yang sepatutnya menjadi pemimpin membimbing isteri dan anak-anak kearah mendapat keredhaan Allah.

Aku: Pandai sungguh isteri Abang ni, kita semua lelaki mahupun wanita harus menuju kearah itu, hidup tanpa sifat-sifat negatif, hidup yang penuh dengan sifat-sifat positif seperti selalu bersyukur kepada Allah, penyayang, pengasih, pemurah, riang gembira, yakin, sabar, pemaaf dan macam-macam lagi, sudah tentu dunia ini akan aman, seolah-olah kita sudah disyurga.

Pendapat Abang la, Allah menguji kita didunia ini dengan semua sifat-sifat negatif ni, terpulang pada kita untuk mengawalnya, jika kita boleh kuasainya, insyaallah syurga balasannya, jika sifat-sifat negatif ini yang menguasai kita, nerakalah alamatnya. Disebabkan dunia sekarang penuh dengan manusia dengan sifat-sifat negatif ini lah dunia sekarang seolah-olah di neraka bagi sesetengah orang....

Sayang: Ayang setuju sangat Bang.

Aku: Jadi bila agaknya sifat cemburu Ayang boleh berkurang ni? Abang teringin nak cipta "syurga" di dunia ni.

Sayang: Sabar lah Bang, berdoalah kita padaNya, Inysaallah suatu hari nanti terbuka hati Ayang meredhakan Abang kahwin lagi... Ayang tau itu maksud "syurga" Abang tu....

Aku: Terimakasih Sayang.... Abang akan sentiasa berdoa dan Abang berjanji akan menjadi suami yang lebih cemerlang lagi. Sayang... love u so much..

Isteriku berlalu meninggalkanku, sempat dia memaling, tersenyum manis dan berkata..

Sayang kat Abang juga... selamanya..

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Tersenyum saya baca dialog2 ni.
Kalau suami soleh, i-Allah isteri boleh kawal nafsu cemburu;-)

Tanpa Nama berkata...

kalau suami mampu dr segala aspek dan adil dalam semua aspek dan sedikit pun tidak akan membiarkan isteri2 nya merasa kekurangan dalam kasih sayang, masa dan nafkah,zahir dan batin..insyaAllah, isteri akan hilangkan sifat cemburu itu..pokok pangkal suami mesti soleh dalam segala aspek bukan hanya aspek nak kahwin lbh drp satu...

Helmis berkata...

Tetapi Allah SW menyatakan didalam Al Quran Surah An-Nisa ayat 129,

"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya);...",

Jika adilnya suami itu adalah syarat wajib utk berpoligami dan Allah SW bersabda lelaki tidak akan dapat berlaku adil, adakah ini bermakna lelaki memang tidak boleh berpoligami?

Semua kacau bilau dan porak poranda poligami ini terjadi apabila poligami itu dilakukankan dan juga ditentang dari dasar individu, maksudnya lelaki hanya ingin berkahwin lebih dari satu (majoritinya) kerana nafsu, dan wanita pula menentang kerana baginya suami adalah milik mutlak dirinya dan bukan milik Allah.

Konsep poligami mestilah dilihat dari sudut kebaikan kepada keseluruhan masyarakat dan bukan individu, dari sudut "wholism" dan bukan "individulism". Manusia akhir zaman semakin hilang mata hati dan hanya melihat dunia ini hanya dari mata fizikal maka sebab itulah kebaikan yg terselindung disebalik larangan atau hukum Allah itu tidak dapat dilihat, maka ianya ditentang.

Hidup didunia ini adalah untuk memberi, memberi kepada insan-insan lain dan apabila kita memberi itu, balasan yang dipinta hanyalah dari Allah (rujuk surah Al-Lail 21-5 hingga 10), pasti akan sukar didunia dan diakhirat bagi mereka yang hanya mengambil dan tidak mahu memberi.

Jadi pokok pangkalnya bukan setakat suami sahaja perlu soleh, isteri juga perlu soleh dan membantu suami untuk cuba sedaya upaya berlaku adil, maka barulah poligami itu akan berjalan dengan sebaik-baiknya.

Tanpa Nama berkata...

Bila baru aku boleh dapat bini camtu? Hehe

ash_mza berkata...

Salam...
mohon izin copy...

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas