Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 11 Julai 2008

Lebih Baik Tak Kahwin

"Zaman sekarang ni dah payah nak jumpa lelaki/perempuan yang baik"


Ini dominan thought kebanyakan lelaki mahupun wanita yang  masih tidak bertemu jodoh. Tanpa sedar sebenarnya dominan thought mereka ini yang mengundang malang pada diri sendiri. Manusia sekarang mengabaikan hebatnya kesan fikiran pada diri sendiri dan persekitaran, bagi kebanyakan kita, apa yang kita fikirkan tidak memberi kesan pada persekitaran. Apa yang kita fikirkan sebenarnya memberi kesan pada persekitaran kita. Beberapa eksperimen dibawah ini mungkin boleh mengubah perspektif kita mengenai hebatnya akal fikiran kita ini.

Pada musim panas 1993 di New York,  seramai 4000 orang dr serata dunia telah dikumpul kan, bermeditasi dan berniat untuk menurun kan kadar jenayah, terbukti pada tahun tersebut kadar jenayah turun sebanyak 23% yang mana ini mengejutkan ramai orang. Melalui fikiran yang fokus (meditate), kumpulan tersebut mengubah fikiran manusia persekitaran.

Eksperimen Dr William Tiller,  Professor of Stanford University’s Department of Materials Science membuktikan melalui fikiran/thought dan niat/intention, pH air boleh berubah menjadi lebih berasid atau beralkali.

Dr Dean Radin, Senior Scientist at the Institute of Noetic Sciences juga melakukan beberapa eksperimen yang terbukti fikiran manusia boleh berkait sesama sendiri, semua manusia pada dasarnya "berhubung" sesama sendiri tanpa sedar, apa yang kita fikirkan mempengaruhi orang dan persekitaran kita.

Dr Masaru Emoto, membuktikan bahawa fikiran boleh merubah molekul air menjadi kristal yang indah dah yang buruk. Dan jika badan manusia 90% adalah daripada air, cara pemikiran kita boleh mengubah ciri air didalam badan kita ini, malah orang disekeliling juga.

Jika ramai lelaki dan wanita mengubah dominan thought mereka yang di dunia ini ramai insan yang baik, bukan kah ini boleh merubah lelaki manusia di sekeliling menjadi baik? Mungkin lelaki yang nakal tiba-tiba bangun pagi dan memilih untuk berkahwin dan menjadi baik? Ini yang di lawakkan oleh Dr John Hagelin mengenai eksperimen di New York, mungkin ada penjenayah yg bangun pagi berkata.. ehmm.. rasa tak nak bunuh orang la hari ni...

Kebanyakan kita mengambil alasan mudah, ala belum sampai jodoh, memang itu teramat benar kerana jodoh ditangan tuhan tetapi kita harus berusaha. Berusaha tak semestinya hanya dengan usaha fizikal tetapi harus dimulakan dengan fikiran, sebab itu dalam islam ada doa dan niat untuk melakukan sesuatu, kerana niat itu bermula dr fikiran.

Berdasarkan eksperimen diatas yg terbukti fikiran kita mempunyai kesan pada persekitaran, bukankah tiba masanya untuk mengubah cara kita berfikir? Bagi yang belum bertemu jodoh kerana masih tidak bertemu dengan pasangan yang dihajati, apa kata mulakan dengan mengubah dominan thought kepada "masih ramai lagi insan yang baik didunia ini, insyaallah pasti akan ku temui.... Amin"

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

assalmualaikum,
kadang2 kita minta ciri2 yg terlalu ideal...sedangkan diri kita bukan se orang yg soleh. allah makbulkan tetapi kita tak ketemu dgn jodohnya lg setelah bertahun menanti dan mencari kerana diri belum lagi menjadi se org yg soleh.Kerana allah dah tentukan org baik utk org yg baik.wallahualam.org2 yg allah kasihi utk kekasih2 allah...

selipar jepun berkata...

ok.saya setuju dengan artikel ni.mind set seseorang itu kena ubah. pemikiran mengenai perkara ini boleh juga diubah kepada “jodoh itu ada. InsyaAllah, satu hari nanti akan ketemu juga”.

nak kahwin bukan senang.niat kena perbetulkan dahulu. konsep berkahwin kena fahami dahulu. kita mencari pasangan bukan sekadar mencari cinta, tetapi kita mencari teman pengubat jiwa. yup.masing-masing kena berusaha untuk dapatkan jodoh yang kita nak.salah satu daripada usaha adalah doa. tidak usah gusar jika doa anda belum atau tidak dimakbulkan lagi.

mungkin ada perkara yang menghalang dari kita untuk merasai nikmatnya cinta itu buat masa ini. sila tanya pada diri kita sendiri, adakah diri ini sudah bersedia, sila perhati perilaku dan gerak geri kita, adakah seiring dengan apa yang telah Islam ajarkan, sila jenguk hati kita, adakah ianya masih berdaki?
–peringatan untuk diri juga-

oh. penah terbaca kata-kata dari someone ni. “Sungguh...telah tertulis di loh mahfuz seungkap nama buatmu, cuma sejauh mane keperibadiannya serta akhlaknya akan dipengaruhi oleh sejauh mane tingginya akhlak kita. Jadi tugas kita, memperbaiki akhlak kita, memperbaiki hubungan kita dengan Allah serta makhluk. Yang paling penting, teguhkan cinta kita hanya untuk Allah..nescaya cinta si dia yang turut melabuhkan cintanya di jalan Allah akan kita miliki”

sekian (^_^)

dah tutup berkata...

change your MIND, change your LIFE... semuanya berpangkal dari minda :)artikel ni sangat bagus.

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas